-
Panduan Menjadi Jutawan
Apakah itu e-dagang, modal, saham, mata ganjaran, pinjaman, pelaburan, hak pengguna, peredaran komoditi, syarikat usaha niaga dan pemasaran?
Kenali pengetahuan ekonomi umum daripada Keluarga Bakhil demi menuju ke arah kehidupan yang ideal dan kaya!
Kebanyakan kanak-kanak berpendapat bahawa ekonomi merupakan ilmu yang sukar untuk difahami. Kini, pembaca akan diperkenalkan dengan pelbagai pengetahuan am tentang ekonomi secara mudah dan menarik.
Dengan membaca buku ini, anda bukan sahaja dapat mempertingkatkan pengetahuan terhadap ekonomi, malah turut tertawan dengan keistimewaanya.
Sebenarnya, kebanyakan aktiviti seharian kita saling berkait dengan ekonomi. Contohnya, menolong ibu untuk membeli barang di pasar raya, membeli snek ataupun menaiki bas ke sekolah.
Sebelum memahami maksud ekonomi, anda perlu mengkaji nilai ekonomi, nilai wang dan nilai kendiri terlebih dahulu. Setelah memahami maksud ekonomi, barulah anda dapat membelanjakan wang secara lebih efektif.
Selepas membaca buku ini, anda pasti akan menjadi arif tentang ekonomi. Ayuh, selak muka surat berikutnya untuk mengetahui lebih banyak tentang ekonomi yang amat berguna dalam kehidupan kita!
Subscribe to:
Posts (Atom)