
Persahabatan yang telah putus. Percintaan yang tidak tentu arah. Adakah Keng akan mendapat kembali sesuatu yang paling penting tetapi kelihatan seperti tidak penting itu?
biarkan jari-jemari menari sendiri
Pada mulanya, Katayama hanya ditugaskan menyiasat aktiviti kumpulan pelacuran di Universiti Hagoromo. Namun semakin dia menyiasat, semakin banyak pula kes yang timbul. Pembunuhan, orang abnormal, surat ugutan, rasuah, bunuh diri, letupan bom... Apa yang sudah berlaku dengan universiti itu? Adakah kesemua kes itu mempunyai kaitan? Dan mengapa kucing triwarna itu sering mengekorinya?
Pertemuannya dengan Diaz, lelaki kacak yang mempesonakan telah mengheret Teja Aira ke sebuah dunia gelap yang tidak pernah disedari kewujudannya. Di dunia itu, Aira mengenali Night Crawlers yang dingin, Shifters yang menakutkan dan Custos yang menyenangkan. Siapakah mereka? Mengapakah kehadiran mereka perlu dirahsiakan? Dan mengapakah Aira turut terheret dalam pertelingkahan yang sudah berlanjutan selama beratus tahun ini?
Pada tahun 2050, Malaysia telah dilanda wabak Rhyto F99 dan diancam oleh puak pemberontak yakni No-Mondus. Dalam situasi genting itu, Julia telah berjanji kepada sahabat baiknya, Mimi untuk menghantarnya pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.