Samurai, Sang Perwira


Terdapat pelbagai legenda di seluruh dunia...

Lukechid ialah seorang pemunggah kargo untuk sebuah kapal kargo. Dia teringin menjadi seorang pemain pedang.

Ketika tiba di Negara Matahari Terbit, Jepun, Lukechid berpeluang menemui Miyamoto Musashi, seorang pemain pedang yang hebat. Dia membuat keputusan untuk mengikut Musashi. Akhirnya, dia menguasai asas untuk menjadi seorang samurai.

Sepanjang pengembaraan Lukechid dan Musashi, kita akan mengetahui entiti sebenar samurai, kendo yang hebat, fungsi baju perisai dan lain-lain lagi. Semua ini merupakan budaya Jepun yang mempunyai beribu-ribu tahun sejarah. Kita juga akan mempelajari sebab kemerosotan budaya samurai Jepun pada zaman moden.

Adakah anda bersedia untuk mengenali samurai yang sebenar dengan komik yang sangat menyeronokkan dan mendebarkan ini? Jangan tunggu lagi, mari selak halaman seterusnya. Keterujaan sedang menunggu anda!

Kalau Sudah Berkenan


Pulangnya Zafry Tan Sri Hamzah ke Malaysia kerana satu alasan, dia layak mendapatkan semua harta sebagai bayaran sebuah kasih sayang yang tak pernah dia dapat dari ayahnya.

Pun begitu, ianya tidak semudah yang dibayangkan. Syarat untuk mendapat harta tersebut mesti diambil bersama pakej seorang isteri. Calon isteri pula bukan siapa-siapa, hanya anak seorang pemandu. Dia rasa tercabar tapi diikutkan juga kehendak ayahnya. Sudahnya, Adra Afeefa yang tak bersalah menjadi mangsa satu percaturan.

“Adra kena tidur bilik yang sama dengan abang ke, atau Adra kena guna bilik lain?” - Adra

“Kau jangan nak mengada boleh? Kalau kau tidur bilik lain pun, tak adanya kau jadi anak dara balik.” - Zafry.

Tapi Zafry tak tahu, Adra tu bukan jenis yang mudah mengalah. Apa yang Zafry tak suka, itulah yang dia buat.

“Abang nak join Adra tak?” Kepala dijengul di sebalik pintu bilik air. Niat hati mahu mengusik si suami. Tapi kalau Zafry bersetuju, matilah dia!

“Tak hingin aku…” Zafry menjeling tajam. Ingat dengan buat wajah macam kangaroo comel tersepit celah pintu dia nak tergoda ke? Boleh blah la!

“Jangan lupa ambil air sembahyang tau. Kita kumpul pahala sama-sama.” Adra kenyit mata sebelum pintu bilik air ditutup rapat.

“Arghhhhh..” Mukanya ditekap pada bantal dan kuat dia menjerit. Sakit hati melihat gelagat Adra. Malam ini apa jadi sekalipun dia mahu meneruskan agenda berpeleseran dengan Nafiz. Tidak boleh tidak!

Lama-lama, Zafry tergoda juga. Namun, konflik bermula apabila Adra disahkan hamil sedangkan anak adalah perkara terakhir yang Zafry mahukan dalam hidup. Kenapa Zafry mahukan begitu dan apa akan jadi pada perkahwinan mereka selepas itu? Semuanya akan terjawab di dalam naskah ini.

Doa Cinta Seorang Lelaki


Dia kelulusan Universiti Al-Azhar yang baru pulang dari Mesir dan digelar kolot kerana namanya. Tiba-tiba dia jatuh cinta pada seorang perempuan stylo. – Abu Hanifah

Dia seorang yang trendy dan sering menjadi buruan lelaki kerana kecantikannya. Tetapi, lelaki yang dia pilih pula berlaku curang. - Nadine

Permintaan otak seorang Abu Hanifah ialah mencari isteri sebagus Saidatina Khadijah. Tetapi… tatkala terpandang Nadine, jantung lelakinya terpanah. Dia mula belajar bahasa rindu. Dan siapa sangka, wanita itu adalah jiran rumah barunya.

Bagi Nadine, lelaki pelik + kolot a.k.a Abu Hanifah itu bermulut lepas. Suka jaga tepi kain orang dan suka menyindir. Misi hidupnya, harus menjauhi lelaki itu sejauhnya. Namun, siapa sangka yang akhirnya dia harus menerima lelaki itu sebagai suaminya.

"Tak boleh ke awak buat tak tahu? Tak boleh ke awak tutup sebelah mata saja? Tak boleh ke awak buat Nadine macam tak wujud? Nadine tak pernah kacau hal awak pun. Tapi kenapa awak selalu buat Nadine susah hati macam ni? I hate you. I hate you very much!”- Nadine

"Aku lelaki yang tidak pandai menyentuh hati seorang perempuan. Tuhan... tolong pinjamkan aku kekuatan untuk memujuknya, mengubati gundah di hatinya. Dan kalau permintaan ini terlalu besar, cukuplah aku menjadi udara yang selalu menemaninya dalam diam. Rasanya, itu sudah cukup untuk lelaki sepertiku." – Abu Hanifah

Mampukah Abu Hanifah meraih cinta si dara manis bernama Nadine Qhaisara? Bagaimana dia mahu membuat Nadine Qhaisara jatuh cinta padanya kalau dia sendiri kosong dalam hal-hal cinta? Dan isu paling besar, bagaimana caranya mahu menamatkan perang Teluk versi kecil-kecilan antara mereka berdua?

Dia... Mr Model


Dia serba sempurna. Dia punya segalanya. Dia... Mr model yang sentiasa menjaga penampilan. Siapa percaya, dia tak pernah jatuh cinta. – Azka Mikael

Dia serba sederhana. Dia tak punya apa-apa. Dia yang baru putus tunang hanya kerana memilih untuk bertudung. – Safa Salena

Mereka ditemukan secara kebetulan. Pada ketika Safa Salena diserang bekas tunang di tempat kerja, Azka Mikael menjadi penyelamat. Dan... cinta pandang pertama datang menjengah ke hati Mika.

“Mustahil. Habis tu wanita macam mana yang awak suka?” - Safa

A woman like you!” - Mika.

Pernah putus tunang dan kesempurnaan Mika menjadikan Safa rasa rendah diri. Dia gadis biasa-biasa, mana mungkin menjadi pilihan si Model ‘Brazilian-look' seperti Mika.

"Tell me. What's going on, Safa? Atau... saya akan peluk awak kat sini!" - Mika

Tajam mata Safa memandang Mika. Berani pemuda itu ingin memeluknya.

"And I think you prefer a hug!" - Mika

Apa akan jadi bila Mika mengambil keputusan meninggalkan kerjayanya sebagai model dan bekerja di bawah satu bumbung bersama Safa?

"Suka dengan imej baru saya?

"Wajah Safa merah membahang. Malu. Namun dia tetap mengangguk.

"Suka saya?" Angguk lagi.

"Sudi jadi isteri saya?" Masih lagi angguk. Namun tidak lama.

"Err... apa awak cakap Mika?"

“Awak dah setuju. So, tak boleh patah balik dah."