-
Cinta Kita
Lama hidup sendirian setelah pemergian Dahlia, Khalish jadi lupa cara bercinta sehinggalah Qistina hadir dalam hidupnya. Qistina yang matang, Qistina yang penuh dengan adab sopan dan yang penting Qistina kaya dengan kasih sayang menarik Khalish untuk jatuh cinta sekali lagi.
“I think I have fallen in love with you.”- Khalish
Qistina angkat muka dan air mata sudah mengalir di pipinya. Sungguh, dia memang mengharapkan ucapan itu dari Khalish.
“Please don't cry, Qis. Marrying me can't be that bad?” - Khalish
Perkahwinan mereka memang membahagiakan. Khalish yang penyayang, sering buatkan Qistina terbuai dengan setiap perlakuannya.
“Hmm.. bagi abang peluk sayang kejap. I need to recharge my batteries.” – Khalish
“I am truly blessed to have you. Abang tak pernah sangka yang rasa bahagia ini akan jadi milik abang sekali lagi.- Khalish
Namun, bahagia milik mereka hanya sampai dipertengahan jalan. Ujian yang melanda, hampir membuatkan mereka tewas.
“I want you to terminate the pregnancy. Faham tak ni?” - Khalish
“Qis faham. Tapi Qis tak boleh.” - Qistina
“Then you don't love me! It is as simple as that, Qistina.”- Khalish
Qistina sudah mula menggeleng. Tidak mungkin. Apa sebenarnya yang terjadi sehingga Khalish yang penyayang sanggup meminta Qistina menggugurkan kandungannya? Apa akan jadi bila Qistina tetap dengan pendiriannya dan Khalish mengambil keputusan meninggalkan rumah untuk mencari ketenangan?
Jangan Benci Cintaku
Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan.
“Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal
‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa.
Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan. Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal. Tetapi…..
“Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah.
‘Make him fall for you!’- Damia
Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah.
“Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal
“Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa
“Mari, saya peluk.” - Shahrizal
Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai? Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih?
Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?
Kembara Koboi
Cerita ini ialah sebuah legenda yang tersebar luas di dunia. Mari ikuti Jane, watak utama dalam cerita ini memulakan pengembaraan yang mendebarkan!
Jane ialah seorang kanak-kanak perempuan yang terpisah daripada keluarganya semasa dalam perjalanan ke bahagian barat Amerika Syarikat. Dia bertemu dengan Buffalo Bill dan kawan-kawan koboinya. Sebelum mereka menjadi kawan, Jane menyangka bahawa koboi adalah kejam. Kemudian, dia mengubah tanggapannya dan belajar tentang koboi yang sebenar.
Ketika mengembara bersama Jane dan Bill, kita akan mempelajari cara hidup koboi, kanun koboi, senjata koboi dan keadaan hidup di bahagian barat Amerika Syarikat pada ketika itu. Selain itu, nikmatilah adegan tembak-menembak yang menakjubkan serta kenali musuh-musuh koboi seperti kumpulan serigala kerbau yang kelaparan, penyamun yang tidak berhati perut dan sebagainya.
Adakah anda sudah bersedia untuk belajar bersama kami? Buku ini ialah sebuah komik yang sangat menyeronokkan dan mendebarkan. Jangan tunggu lagi, keterujaan sedang menanti anda!
Bumi Semakin Hilang Tenaga
Bagaimanakah kita dapat berdepan dengan dunia gelap tanpa elektrik dan petrol?
Manusia sedang berdepan dengan bencana besar...
Sebuah UFO muncul di hadapan dua orang adik-beradik, Pump dan Palm. Mereka perlu membantu rakan makhluk asing mereka, Save mencari bahan api untuk UFO yang dinaikinya supaya dia dapat pulang ke tempat asalnya. Dalam waktu yang sama, mereka perlu menghalang haiwan peliharaan Save, JR yang merayau serta menyedut tenaga dan membebaskan gas berbahaya. Adakah mereka dapat menghalang bencana ini?
Dari manakah petrol berasal? Apakah itu tenaga fosil? Mengapakah krisis tenaga berlaku? Di manakah tenaga alternatif dapat dicari? Bagaimanakah kita dapat menyelamatkan dunia daripada krisis tenaga? MAri kita mencari tenaga bersama mereka sambil mempelajari krisis tenaga yang akan berlaku.
Sudahkah anda bersedia untuk mengetahui bencana-bencana yang mungkin menimpa bumi?
Subscribe to:
Posts (Atom)