Strawberi Coklat untuk Ella


“Nourella, sampai bila awak nak pegang takhta tercorot dalam kelas saya?” –Cikgu Lim.

“Fizzy, boleh tak kau ajarkan aku Matematik?”-Ella

“Aku suka ajar kau. Ilmu makin diajar makin bertambah.” –Fizzy

“Abah tak suka Ella berkawan dengan budak tu. Lembik semacam!” –Ayah Ella

“Kalau aku dapat kalahkan kau dalam ujian bulan depan, kau basuh kasut aku sebulan!”-Izham.

Ella dalam dilema, mahu turut kata ayah atau kata kawan? Bagaimana dengan cabaran Izham, siapa yang akan basuh kasut siapa?

Canon


Canon, dewi yang mendapat kasih sayang daripada Tuhan lebih daripada orang lain. Canon dipertanggungjawabkan untuk berdoa di dalam vihara demi keamanan dan kesejahteraan orang ramai. Pada suatu hari, ketua pencuri yang bernama Teo telah membawa Canon lari dari vihara. Pengawal peribadi Canon, Tuan Sense terpaksa mengikut demi melindungi Canon. Maka, bermulalah sebuah pengembaraan!!!

Miracle Days


Mick tertarik kepada seorang gadis yang sering dilihatnya di dalam LRT. Namun begitu, dia tidak berani hendak menegur gadis itu. Justeru, rakan baiknya, Neak mencadangkan supaya dia berjumpa dengan tukang tilik. Adakah cintanya akan berjaya atas keajaiban tukang tilik itu atau berkat usahanya sendiri?

Selain itu, buku ini turut menyelitkan sebuah cerita pendek yang bertajuk "Cinta Harapan".

The Forbidden Gates

THE FORBIDDEN GATES #1



Tae dan Fahsai ialah pewaris yang memiliki kuasa untuk membuka dan menutup pintu ke dunia nirwana. Pengembaraan untuk memperbaiki dan menyiasat asal usul kuasa ini telah menjadi titik permulaan kepada kesan tindakan yang dilakukan oleh nenek moyang mereka dahulu.


THE FORBIDDEN GATES #2



Mari menerokai penamat kepada kisah cinta dan pengembaraan di dunia nirwana. Apakah kesudahan kepada Tae dan Fahsai, pewaris yang berkuasa membuka pintu ke dunia nirwana?

K-4 : Kapsul Ungu