Antologi Cerpen : Tentang Cinta

Dapatkan SEGERA!
Antologi cerpen TENTANG CINTA.


Membariskan 19 buah cerpen daripada 9 orang novelis/cerpenis tanah air.

Antaranya:
Ratu Bulan
Rizai Reeani
Maria Kajiwa
Ilmar Imia
Packy Sidique
Nash Azly
Zuliana Abuas
Elzara Hariri
Farah Husain


300 pembeli pertama boleh membeli buku ini dengan harga RM 15.00 sahaja (kos penghantaran PERCUMA)

Hubungi aurorabookstore2@gmail.com untuk tempahan.

Moon Sanctuary


Athemis, Dewi Bulan dihalau dari syurga ke bumi walaupun dia tidak melakukan sebarang kesalahan. Kuasa mengisinya juga dikurangkan sehingga separuh. Ini menyebabkan badannya berubah menjadi badan kanak-kanak. Namun begitu, Ahtemis tetap berusaha menghapuskan syaitan agar dimaafkan dan dapat kembali ke dunia dewa dewi pada suatu hari nanti...

Comic Club Fantasy Blue


THE LAST APPENDIX
oleh Zaionic

Vir, seorang budak lelaki yang bosan dengan kesibukan dunia telah menemui roh yang berada dalam topeng "Ghon" di dalam bilik stor di rumah datuknya. Penemuan ini telah menjadi titik permulaan pada satu pengembaraan pertarungan untuk menyelamatkan dunia ini.


PSYCHO BEAR
oleh Nonworld

Kisah seekor beruang psiko yang merancang untuk menonton wayang di sebuah panggung wayang gred B pada waktu 00:00 pagi. Tanpa diduga, suatu kisah yang mendebarkan telah bermula!


ASURA
oleh PREMA-JA

Asura dan Wayu merupakan dua sahabat seguru di sebuah pusat latihan pahlawan bertopeng muka. Mereka telah berjanji akan bersama-sama memasuki upacara penerimaan topeng muka. Apabila salah satu pihak tidak mampu menunaikan janji ini, maka apakah penamat hubungan persahabatan ini?

Novel Lama, Cover Baru




Kedua-dua novel ini diterbitkan pada Mac 2010. Namun pada tahun 2011 ini, kedua-duanya disuntik dengan cover baru.

Boleh dibeli di kedai buku Kinokuniya (KLCC) dan MPH seluruh Malaysia.

Cover Story Lagi





Cabaran menulis untuk sasaran pembaca kanak-kanak ialah bahasa. Perlu menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami oleh golongan ini. Kalau diikutkan, ini bukanlah kali pertama aku diminta menulis cover story untuk surat khabar ini, tetapi cabarannya tetap ada.

See You in My Dream


...cinta sejati sentiasa ada cabaran...

Adakalanya sukar untuk menghadapinya.
Walaupun terpaksa menghadapi kehilangan dan kesusahan tetapi cinta tetap sentiasa indah

Ikuti kisah cinta yang bukan sahaja ada dalam mimpi.

Open


Persahabatan yang telah putus. Percintaan yang tidak tentu arah. Adakah Keng akan mendapat kembali sesuatu yang paling penting tetapi kelihatan seperti tidak penting itu?

Siri Kucing Triwarna

Pada mulanya, Katayama hanya ditugaskan menyiasat aktiviti kumpulan pelacuran di Universiti Hagoromo. Namun semakin dia menyiasat, semakin banyak pula kes yang timbul. Pembunuhan, orang abnormal, surat ugutan, rasuah, bunuh diri, letupan bom... Apa yang sudah berlaku dengan universiti itu? Adakah kesemua kes itu mempunyai kaitan? Dan mengapa kucing triwarna itu sering mengekorinya?


Sawako telah dibunuh dengan kejam di kondominium mewah daerah Meguro. Kejadian ini diikuti dengan beberapa siri pembunuhan. Persoalannya, siapakah yang telah membunuh Sawako? Dan siapakah yang melakukan pembunuhan bersiri itu? Ikuti bagaimana Katayama menyelesaikan misteri pembunuhan Sawako.


Satu demi satu misteri berlaku. Bermula dengan peristiwa Katayama bertemu dengan wanita cantik di dalam tren. Kemudian, rentetan kes pembunuhan kejam pemilik banglo kucing yang penuh misteri dan tiada kesudahannya. Apakah motif di sebalik pembunuhan kejam itu? Siapakah yang punya angkara? Syaitan atau manusia yang bertopengkan syaitan?

The Untold Story & Janji Julia

Novel urban fantasi oleh Farah Husain

Pertemuannya dengan Diaz, lelaki kacak yang mempesonakan telah mengheret Teja Aira ke sebuah dunia gelap yang tidak pernah disedari kewujudannya. Di dunia itu, Aira mengenali Night Crawlers yang dingin, Shifters yang menakutkan dan Custos yang menyenangkan. Siapakah mereka? Mengapakah kehadiran mereka perlu dirahsiakan? Dan mengapakah Aira turut terheret dalam pertelingkahan yang sudah berlanjutan selama beratus tahun ini?


Novel thriller oleh Maria Kajiwa

Pada tahun 2050, Malaysia telah dilanda wabak Rhyto F99 dan diancam oleh puak pemberontak yakni No-Mondus. Dalam situasi genting itu, Julia telah berjanji kepada sahabat baiknya, Mimi untuk menghantarnya pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.
Mampukah mereka mencari jalan pulang? Mampukah sebuah janji ditunaikan walau bayarannya adalah nyawa?