Mrs Aayan Haydar — Saraa Lee

“Lupakan janji dulu...” AAYAN HAYDAR - Lelaki berkacukan Arab yang mempunyai sepasang mata berwarna hijau cerah yang mampu memikat hati para gadis. Empat tahun ditinggalkan oleh kekasih hati menyebabkan hatinya berbolak-balik. Jejaka berusia 25 tahun itu telah memungkiri janji manisnya terhadap gadis yang paling dicintainya dahulu atas sebab yang sangat tidak masuk akal. Namun disebabkan dirinya yang tamak, dia sanggup melukai hati gadis yang dicintainya. “You nak jadi munafik, Aayan?” NADDA ADEENA - Gadis cantik yang berusia 23 tahun, selepas 4 tahun berada di luar negara atas sebab melanjutkan pelajaran kini dia sudah pulang ke tanah airnya hanya demi menunaikan janji yang pernah diikat bersama kekasih hatinya dahulu. Namun, hatinya hancur tatkala mengetahui kekasih hatinya telah mengkhianati sekali gus menipunya hidup-hidup. Tidak menyangka lelaki pujaan hatinya mampu memungkiri janji manis mereka bersama. Mampukah mereka mendapat kebahagiaan bersama?

Panduan Menjadi Jutawan


Apakah itu e-dagang, modal, saham, mata ganjaran, pinjaman, pelaburan, hak pengguna, peredaran komoditi, syarikat usaha niaga dan pemasaran?

Kenali pengetahuan ekonomi umum daripada Keluarga Bakhil demi menuju ke arah kehidupan yang ideal dan kaya!

Kebanyakan kanak-kanak berpendapat bahawa ekonomi merupakan ilmu yang sukar untuk difahami. Kini, pembaca akan diperkenalkan dengan pelbagai pengetahuan am tentang ekonomi secara mudah dan menarik.

Dengan membaca buku ini, anda bukan sahaja dapat mempertingkatkan pengetahuan terhadap ekonomi, malah turut tertawan dengan keistimewaanya.

Sebenarnya, kebanyakan aktiviti seharian kita saling berkait dengan ekonomi. Contohnya, menolong ibu untuk membeli barang di pasar raya, membeli snek ataupun menaiki bas ke sekolah.

Sebelum memahami maksud ekonomi, anda perlu mengkaji nilai ekonomi, nilai wang dan nilai kendiri terlebih dahulu. Setelah memahami maksud ekonomi, barulah anda dapat membelanjakan wang secara lebih efektif.

Selepas membaca buku ini, anda pasti akan menjadi arif tentang ekonomi. Ayuh, selak muka surat berikutnya untuk mengetahui lebih banyak tentang ekonomi yang amat berguna dalam kehidupan kita!

Bosan Belajar?

Komik dilukis oleh Bophairy.


Masih tertanya-tanya apa itu Learning Port Interactive?

Langgan My Lessons dan Question Bank kami di sini untuk kaedah pembelajaran yang efektif.

Juga like dan subscribe YouTube channel Learning Port Interactive untuk menonton video animasi pembelajaran secara percuma!

Kenapa Berkira dengan Anak-anak?

Komik dilukis oleh Kar Bin.


Sebagai ibu bapa, adakah anda sudah menyediakan keperluan belajar yang secukupnya untuk anak-anak anda?

Langgan My Lessons dan Question Bank Learning Port Interactive di sini untuk kaedah pembelajaran yang efektif.

Juga like dan subscribe YouTube channel Learning Port Interactive untuk menonton video animasi pembelajaran secara percuma!

Pertempuran Triceratops


Oleh sebab kawan baik Sky terkorban dalam rancangan Penawan Dinosaur, dia telah memutuskan untuk menyertai rancangan itu demi mencari dalang di sebaliknya. Dalam pusingan pertama, dia perlu mendapatkan telur Triceratops.

Samurai, Sang Perwira


Terdapat pelbagai legenda di seluruh dunia...

Lukechid ialah seorang pemunggah kargo untuk sebuah kapal kargo. Dia teringin menjadi seorang pemain pedang.

Ketika tiba di Negara Matahari Terbit, Jepun, Lukechid berpeluang menemui Miyamoto Musashi, seorang pemain pedang yang hebat. Dia membuat keputusan untuk mengikut Musashi. Akhirnya, dia menguasai asas untuk menjadi seorang samurai.

Sepanjang pengembaraan Lukechid dan Musashi, kita akan mengetahui entiti sebenar samurai, kendo yang hebat, fungsi baju perisai dan lain-lain lagi. Semua ini merupakan budaya Jepun yang mempunyai beribu-ribu tahun sejarah. Kita juga akan mempelajari sebab kemerosotan budaya samurai Jepun pada zaman moden.

Adakah anda bersedia untuk mengenali samurai yang sebenar dengan komik yang sangat menyeronokkan dan mendebarkan ini? Jangan tunggu lagi, mari selak halaman seterusnya. Keterujaan sedang menunggu anda!

Kalau Sudah Berkenan


Pulangnya Zafry Tan Sri Hamzah ke Malaysia kerana satu alasan, dia layak mendapatkan semua harta sebagai bayaran sebuah kasih sayang yang tak pernah dia dapat dari ayahnya.

Pun begitu, ianya tidak semudah yang dibayangkan. Syarat untuk mendapat harta tersebut mesti diambil bersama pakej seorang isteri. Calon isteri pula bukan siapa-siapa, hanya anak seorang pemandu. Dia rasa tercabar tapi diikutkan juga kehendak ayahnya. Sudahnya, Adra Afeefa yang tak bersalah menjadi mangsa satu percaturan.

“Adra kena tidur bilik yang sama dengan abang ke, atau Adra kena guna bilik lain?” - Adra

“Kau jangan nak mengada boleh? Kalau kau tidur bilik lain pun, tak adanya kau jadi anak dara balik.” - Zafry.

Tapi Zafry tak tahu, Adra tu bukan jenis yang mudah mengalah. Apa yang Zafry tak suka, itulah yang dia buat.

“Abang nak join Adra tak?” Kepala dijengul di sebalik pintu bilik air. Niat hati mahu mengusik si suami. Tapi kalau Zafry bersetuju, matilah dia!

“Tak hingin aku…” Zafry menjeling tajam. Ingat dengan buat wajah macam kangaroo comel tersepit celah pintu dia nak tergoda ke? Boleh blah la!

“Jangan lupa ambil air sembahyang tau. Kita kumpul pahala sama-sama.” Adra kenyit mata sebelum pintu bilik air ditutup rapat.

“Arghhhhh..” Mukanya ditekap pada bantal dan kuat dia menjerit. Sakit hati melihat gelagat Adra. Malam ini apa jadi sekalipun dia mahu meneruskan agenda berpeleseran dengan Nafiz. Tidak boleh tidak!

Lama-lama, Zafry tergoda juga. Namun, konflik bermula apabila Adra disahkan hamil sedangkan anak adalah perkara terakhir yang Zafry mahukan dalam hidup. Kenapa Zafry mahukan begitu dan apa akan jadi pada perkahwinan mereka selepas itu? Semuanya akan terjawab di dalam naskah ini.